Thursday 29 March 2012

Be MinE ~ taSha MashAHaR

cKin AsHikIN 1:29 pm
Bermula di facebook
You IM i dulu taktahu malu
I malas nak layan
So i buat taktahu
You terus cuba dan mencuba
sehingga i jatuh cinta
Gatalnye diri you
membuat i terjatuh
BIla kita start mengada
Kita selalu keluar sama
Borak pamjang-panjang
Makan dan tengok wayang
Sikit-sikit je i merajuk
You slalu sabar pujuk
Tapi sebenarnye
I cuma test you saja
Let me tell you that i love you
And i never wanna wrong you
Take my hand baby
Come, through with me
Let me tell you that i miss you
And i never wanna lose you
You're my heart baby
My life incomplete without you
Dalam pada i gembira
Sometime i feel sad juga
Cause you dah berpunya
But i always want you to be mine forever <3<3<3
.. Da Tengok?? Da bace?? Suke?? Like Bawah Ni! TQ ..

Monday 19 March 2012

i L0Ve U~naJwA LaTiF

cKin AsHikIN 11:22 am
Mungkin kita pernah 
rasa
tentang cinta
yang takdirnya bukan untuk 
kita
mungkin ini adalah
cara
meluah cinta
tanpa berkata atau
berpandang mata
mungkin aku...mencintaimu
walaupun engkau tak pernah
tahu
mungkin aku...mencintaimu
tanpa lelah atau pun jemu
i'am sorry but i love 
you
i'am sorry if i miss
you
even if i can't have
you
you know i'll always be there
for you
mungkin kita tak bersama
untuk
takdirnya
Tak mengapa asak kau
bahagia
biar aku....mencintaimu biar
tiada siapa yang tahu
biar aku...mencintaimu dalam 
diam atau pun bisu
i'm sorry but i love
you
i'm sorry if i miss
you
even if i can't have 
you

you know i'll always be there
for you

i'm sorry but i love
you



.. Da Tengok?? Da bace?? Suke?? Like Bawah Ni! TQ ..

Wednesday 14 March 2012

~K0s0Ng~

cKin AsHikIN 1:18 pm
Kau melihat diriku
seperti sesuatu
yang mencabar dirimu
kau mendustaiku
kau bilang mereka tak tahu
siapa diriku
sedangkan kau juga begitu
Segala kata cacian
yang telah engkau berikan
membuatku rasa 
KOSONG....KOSONG
Setiap detik diperhatikan
kau cari cara putar 
belitkan
kau jadikan diriku
KOSONG...KOSONG
Kini aku bangkit
membutikan yang ku 
tak sakit
dengan segala perit
yang kau berikan
kuni aku pantas berjalan
bergerak kehadapan
dan akan ku buktikan
siapa diriku yang
sebenar
owh..owh...

KOSONG.....KOSONG



.. Da Tengok?? Da bace?? Suke?? Like Bawah Ni! TQ ..

Monday 12 March 2012

~SoAL hATI~

cKin AsHikIN 1:51 pm
CINTA...ape maksud cinta ek pada korang....aku pasti semua orang pernah jatuh cinta..akupn same...CINTA 2 satu prasaan yang sangat indah kan...ade org sanggup mati sebab CINTA..ade orang sanggup merana sbb CINTA...batape hebatnye kuasa cinta....erm same la ngan aku...usia perkenalan aku ngn die baru dua bulan..tapi aku terlalu syg kan die...die terlalu baik pd aku...die ckp sempurna pada aku...aku suka care die..senyuman die...selame aku kenal die aku mula sygkan die...tapi kami tak ditakdirkan bersame..die hanya anggp aku adik die....aku berusaha untuk terima die sebagai abg aku..tapi aku xmampu tipu hati aku...aku cuba trime cinta org lain..tapi aku xikhlas..aku sentiase fikirkan die..tiap saat...tiap mase aku fikir kan die...mane aku pergi hanya bayangan die yg ade...sebab aku xmampu lupa kan die aku nekad xkn bercinta lagi sampai aku betul2 boleh lpekan die...aku xnk terima cinta orang lain tanpa rasa ikhlas....aku slalu tertanya..knp kenangan 2 tahun aku blh lpekan..tp knp kenangan 2 bulan aku susah nk lupakan...die amat istimawe pada aku...aku xkn pernah lupakan die....  

"Aku dilahirkan hanya untuk mencintai,tapi bukan untuk dicintai"

"Jangan mudah percaya pada cinta,tidak semua cinta berakhir dengan kebahgiaan"

"Cinta umpama bunga,ia disanjung semasa sedang mekar tapi dicampak sesuka hati bila dah layu"

"Kalau dalam dunia ni tak ada masalah,hidup takkan jadi indah.sakit itu indah,sihat itu indah,bahagia itu indah,derita juga indah,kaya,miskin,gagal,berjaya semuanya indah.penuh dengan warna-warni.Jadi jangan takut untuk menghadapi masalah"

"Cinta yang sejati perlukan pengorbanan dan tidak mengharapkan balasan"



.. Da Tengok?? Da bace?? Suke?? Like Bawah Ni! TQ ..

Thursday 1 March 2012

JIka Aku TulaNg RuSuk mU...pAsTI kITA AkAn BerTeMu JUa

cKin AsHikIN 9:49 am
Untuk renungan bersama...
Kisah yang penuh iktibar, semoga kita dapat mengambil pengajaran daripadanya...^_^

WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian.
Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa...

Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, LELAKItidak lagi merasakan sakit di hatinya....

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara..
Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidupyang ada.

Hidup mereka membosankan...
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.
Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas...
Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.
Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak 'Kamu tidak cintakan saya lagi!!!'.
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak 'Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu bukan tulang rusukku!!!'

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat..
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah ia tidak mungkin untuk diceduk kembali.

Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

'Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing' .

Lima tahun berlalu.
LELAKI
 masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA...

WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali.

Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya...

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKItidak sanggup mengakui
bahawa dia merindukan WANITA...

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali.
Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan..
mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA : Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.

WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut...

Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan.
Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah dalam hidup saya...

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz 'Selamat tinggal..'

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC.
Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya.
Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA tersebut,

tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan.
Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya,
akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita,
semua sudah terlambat...
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati...
Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang korang ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?
Jika menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan.
Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima???


Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, Jika diri tak seindah SULAIMAN, Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA, Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, Jika tak sekuat SARAH, Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, Jika diri tak se sempurnaRASULULLAH S.A.W.... 

.. Da Tengok?? Da bace?? Suke?? Like Bawah Ni! TQ ..

Saturday 25 February 2012

~AyaT-AyaT CinTA~

cKin AsHikIN 11:28 am
HYE....rini bosan sangat..so akupn g jelajah untuk mencari ayat2 jiwang n ayat2 cinta...so ni la ayat2 yg aku dpt...n aku nk kongsi ngn korg la yer...


~Asal CINTA milik ALLAH ,perginya CINTA dengan izin ALLAH, hilangnya CINTA kehendak ALLAH ,dicintai dan mencintai anugerah ALLAH!!! :'(




~walau pun aku tidak dapat hidup bersama denganmu...
tapi aku tetap sayang padamu..dan tak pernah berkurang dari kt mulai kenal...setiap hari ku ,masa ku hanya terisi kamu di ruangan mataku dan tak kan pernah terlupakan tentang apa yang kau ucap kan padaku...setiap hari hanya kata cinta dan sayang yg kau ucapkan kepadaku...aku sgt menghargainya...andai nya kt tidak berjodoh aku tetap sayang padamu sampai bila...itu yang kau katakan padaku....andai mmg benar aku tetap bersbar dan terima apa pun yg terjadi...


~walau dirimu telah bahagia bersama nya,aku tetap sayang pdamu,walau pun ada org lain yg lebih sayang aku,aku tetap syg km sebagai kenagan terindahku..kerna kamu lah cinta pertamaku...kepada cinta ku yg baru..bersabar lah..suatu saat aku pasti membuka hatiku utk mu...aku tak akan mengecewaknmu kerna aku tahu bahawa kamu sgat mencintaiku...aku tak berjanji,tapi aku akan menghargai cintamu kepadaku..rsa bahgia bila di cintai,walaupun aku belum dapat memberikan cinta kepadamu... ♥♥


~ cinta ibarat secawan kopi yang hangatnya cuma seketika, sewaktu ia panas, aromanya wangi dan rasanya sedap. tapi cuba kalau dah sejuk, pasti bau dan keenakkannya hilang...kopi yang sejuk langsung menutup selera..begitulah cinta lama kelamaan akan tawar dan pudar, macam kopi, cinta boleh jadi tawar,pahit dan manis bergantung pada bancuhannya


~jika dirimu memiliki seseorang itu. .milikilah ia dengan sebaiknya. .
Jika dirimu mempunyai seorang KEKASIH. .jagalah ia dengan SEMPURNA. .
Jika dirimu SAYANG padanya. .SETIALAH dirimu untuknya. .
Jika dirimu MENCINTAINYA. .CINTAILAH dia dengan KEJUJURANMU padanya. .
JANGAN sesekali dirimu MELUKAINYA. .kerana HATI seseorang itu ibarat KACA yang sekali TERHEMPAS. .selamanya BERKECAI dan tidak mungkin dapat DICANTUM semula. .ANDAI dicantum. .tidak mungkin akan SERUPA pada yang ASALNYA ♥




~di mana saja kamu berada 
kalau kamu lihat bulan,aku juga sedang melihat bulan..
dan dengan melihat bulan ,aku tahu kamu akan selalu teringatkan aku di sini ..


~Berterima kasihlah pada orang yang telah MELUKAI hatimu
kerana dia telah membuat hatimu kuat.
Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBOHONGImu
kerana dia membuat hidupmu makin bijaksana.
Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBENCImu
kerana dia yg mengasah ketegaranmu.
Dan berterima kasihlah pada orang yang telah MENYAYANGImu
kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu ♥


~Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama...


~SEMINIT perkenalan tak bermakna JATUH CINTA... ♥
SEJAM berbual tak bermakna SAYANG... ♥
SEMINGGU mengenali tak bermakna sudah MEMAHAMI... ♥
SEBULAN bersama tak bermakna MEMILIKI... ♥
BERTAHUN dalam ikatan tak bermakna hubungan itu KUKUH... ♥
CINTA yang datang cepat...cepat jua ianya berubah HATI ♥


~Cinta itu aneh , sukar untuk ditafsirkan ...
datangnya bukan dari paksaan , perginya pula tanpa kerelaan ...
cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang , ianya perlu dibelai dengan kelembutan ,
bagi menyerikan lagi keindahannya .. kakasaran boleh mencipta sebuah perpisahan


~Perasaan paling pahit yang terpaksa ditelan adalah ,
duduk di sebelah seseorang yang ber'erti bagi anda dan mengetahui bahawa ,
anda tidak ber'erti apa-apa kepadanya ♥


~ku pinta kpd TUHAN stgkai bunga segar,Ia beri kaktus berduri.Kupinta kupu2 diberi ulat bulu,Ku sedih & kecewa.Namun...kulihat kaktus itu berbunga..indah skali dan ulat itupun menjadi kupu2 yg cantik..itulah jalan TUHAN,ondah pada masaNYA!TUHAN tdk memberi ape yg kita harapkan,tetapi DIA memberi apa yg kita perlukan...kadang kita sedih,kecewa,terluka,tetapi jauh di atas segalanya DIA tlh mengatur yg terbaik dlm hidup kita..


~Belajarlah mencintai org yg hari ini masih milikmu sebelum die pergi dari hidupmu,hari ini mungkin die masih mencintaimu,tapi mungkin esok takkan ada lagi cinta untukmu dan mugkin besok kamu yang akan lebih mencintai die ketika die telah pergi..jadi jangan pernah sia-siakan cinta yg sekarang ini mengisi hidupmu...






.. Da Tengok?? Da bace?? Suke?? Like Bawah Ni! TQ ..

Friday 24 February 2012

~kEnaLI hAti WaNitA~

cKin AsHikIN 10:26 am
【ツ】Kenali Hati Seorang Wanita 【ツ】



1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin
bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin
LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah
tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang
lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan
tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang
amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat
tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari,
naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja
bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama
kaum.

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak
ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan
tulus.

10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA
diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak
tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan
satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan
menghanyutkannya.

Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung
dan bukan sebagai pemusnah.
WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk
dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari.

Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA

.. Da Tengok?? Da bace?? Suke?? Like Bawah Ni! TQ ..

Wednesday 15 February 2012

CarA-CaRa MeLayAn isteRi

cKin AsHikIN 2:17 pm
Hye....hari ni sy nk kongsi tip tok melayan isteri..walaupn sy lom kawen tp sy rase tertarik nk share tip2 ni..kikikiki....semoge sy dapat suami yg boleh jaga sy sehinga akhir hayat...ok let's go...jom kite bace tip2 tok menjadi isteri...
PETUA MELAYAN ISTERI

1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium….

2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi… Dah jadi budaya kita agaknya nak sebut I love you ebih mudah.

3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.

4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.

5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula…

6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.

7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri² Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.

8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan, dada atau bahu anda. Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat. Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim.

Insya-Allah, bila isteri kita tahu yang kita betul² sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang.



.. Da Tengok?? Da bace?? Suke?? Like Bawah Ni! TQ ..

Monday 30 January 2012

~anDai leLakI taHU~

cKin AsHikIN 11:17 am
-Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
-Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
-Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, 
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
-Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.




.. Da Tengok?? Da bace?? Suke?? Like Bawah Ni! TQ ..

Saturday 28 January 2012

~J0dOH~

cKin AsHikIN 10:15 am
10 Petanda Dia Jodoh Kita
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

ermmmm.....sudi2 la bace yer...n rEnuNG-ReNunGkaN dAn seLaMaT BeraMal...:)
Sem0Ge KitA SaMe2 DiteMukaN joD0H YaNG BOlEh MenYaYanGI DrI kITe UntUK selamenye....

.. Da Tengok?? Da bace?? Suke?? Like Bawah Ni! TQ ..

Thursday 19 January 2012

~KenaGaN~

cKin AsHikIN 11:22 am
Salah pilihan....erm...semua org penah salah wat pilihan...
sekarang aku dah salah wat pilihan...tp aku xpnah menyesal...sebab aku yang wat keputusan..kikiki
sedih 2 memang la sedih..tp xpela aku yakin pasti akan ade hikmahnye dari semua ni...
erm...aku slalu dengar dlm cinta perlu pengorbanan...btol ker????
tah la akupn xtau...yg aku tau aku lpekan kngn silam aku demi die...tp die xpnh cbe lpe kngn die dmi aku...hahahahah..rpe2nye aku betepuk sebelah tangan...cian kat aku kan....
nak wat camne dah aku ni cepat sangat prasan...org 2 anggap aku kawan tp aku g tangkap cintan lak ngn die...padan muke aku....aku terlalu mencari yg sempurna..tp akhir nye aku yg merane..kakakakaka
tah la aku xtau nk tlis ape sbnarnye...tp aku cme rase sedih...rase nk luahkan..tp xtau nk luah camne....erm..dlu de seorg kawan aku cakap kat aku..yg 'slagi ko bersame die ko kumpul la banyak mane kenangan sbb nnt ble ko bepisah ngn die kenangn 2 la yg akn menjadi teman ko'...sedih je aku dgr ayt 2...tp skrg 2 la yg aku cube wat..aku tau die xkn trime aku sbagai seorg yg istimewe dalam idup die..tp aku kuat kan ati aku tok jadi kawan die untuk aku kumpul sebanyak mane kengan ngn die..
korang tau slame aku ngn die...die pnh bawak aku g bukit jugra..yes tempat 2 memang best....aku akan sentiase ingt tempat 2.....tenag je bler aku g sane...1 lg ble g karaoke aku ske dgar die nyanyi lagu BUNGA-THOMAS...lg 2 sedih tp aku xtau knp aku ske dgr die nyanyi..t klau die dah xde mesti aku xpat dengar die nyanyi g..so aku rase nnt klau aku g karaoke ngn die aku nk rakam la..nnt leh degar..hahahahaha
dengan die jgak la aku balaja main bowling...dlu aku main bowling skdr suke2..tp sekarg aku dh mle minat sukan bowling....ble dh mnt die lak xde..camner????erm...aku tetap akn main bowling wlupn die xde...sbb 2 la kengan aku ngn die..xbnyak kengan kau ngn die..sbb aku baru je kenal die...tapi aku brani ckp aku dah mle syg die....tp aku kne blaja syg die sebagai kawan....erm...aku mungkin akn g jauh dari kl....aku xblh dok cni sbb aku akn rindu kan die...aku harap aku akan bahgie suatu hari nanti...kikiki...semoge aku dpat yg lebih baik...n smge aku bhgie.... :)

.. Da Tengok?? Da bace?? Suke?? Like Bawah Ni! TQ ..

Tuesday 3 January 2012

BuLaN

cKin AsHikIN 2:31 pm
Bulan....
bulan 2 cantikkan...aku suke tgk bulan...ble aku tgk bulan aku rase tenang sgt2....
setiap malam aku akn tgk bulan...kadang2 aku rasa mcm nk je g melawat bulan...sebab bulan tiap2 malam sudi teman aku..bulan jugak banyak jasenye pd manusia...
tapi bile hari hujan bulan xde..bulan xde tamn aku lg...ble bulan xde aku rs sedih...aku nak bulan teman aku tiap2 malam...tapi 2 xmungkin kan...kadang2 aku kne trime hakikat bahawa xde yg leh taman aku tok selamenye...so aku kene blajar hidup berdikari...hidup tanpa bulan..tempuh kegelapan...tanpa sesiape disisi...


.. Da Tengok?? Da bace?? Suke?? Like Bawah Ni! TQ ..